PERLEMBAGAAN
KELAB BOLA TAMPAR
1. NAMA RASMI DAN ALAMAT
1.1 Nama rasmi kelab ialah Kelab Bola Tampar SMK
Serian, di SMK Serian, Jalan Ilmu,
94700, Serian,Sarawak.
2. MATLAMAT
2.1 Melahirkan para pelajar yang
mengetahui teknik dan undang-undang permainan bola tampar.
2.2 Mencungkil bakat pelajar dan ahli
yang berkebolehan dalam permainan ini.
2.3 Mengembangkan bakat sedia ada
dan melahirkan pemain yang berkebolehan untuk mewakili sekolah dalam setiap
perlawanan bola tampar.
3. KEAHLIAN
3.1 Terbuka kepada semua pelajar
lelaki dan perempuan yang belajar di SMK Serian.
3.2 Untuk menjadi ahli, seorang
pelajar perlu mendaftar dengan Guru Penasihat dan membayar yuran keahlian.
4. YURAN KEAHLIAN
4.1 Yuran keahlian adalah
sebanyak RM2.00 setahun.
5. TAMAT KEAHLIAN
5.1 Ahli yang kerap tidak hadir
dan tidak menunjukkan minat dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh kelab
ini.
5.2 Ahli yang tidak membayar
yuran keahlian tanpa sebab yang munasabah dalam tempoh 3 bulan.
5.3 Ahli yang melakukan tindakan
yang boleh mencemarkan nama baik kelab.
6. HAK AHLI
6.1 Menyertai apa jua
perjumpaan/anjuran kelab bola tampar.
6.2 Ahli yang sah berhak mengundi
dan diundi untuk mana-mana jawatan dalam kelab.
7. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
7.1 Mesti diadakan satu kali
setiap tahun.
7.2 Korum yang sah adalah dua
pertiga dari jumlah ahli yang sah.
7.3 Semua AJK lama akan meletak
jawatan dan AJK baru akan dilantik.
7.4 Proses pemilihan adalah
melalui undian dan persetujuan bersama.
8. PERLEMBAGAAN
8.1 Segala urusan berkaitan
dengan kelab perlulah berdasarkan perlembagaan ini.
8.2 Pindaan pada perlembagaan
hanya boleh dilakukan dengan persetujuan dua pertiga dari ahli yang sah.
9. GURU PENASIHAT SERTA KUASANYA
9.1 Guru Penasihat terdiri
daripada guru SMK Serian.
9.2 Guru Penasihat perlu memberi
nasihat dalam merancang dan perlaksanaan sesuatu aktiviti.
9.3 Guru Penasihat sentiasa
bersama dengan ahli semasa aktiviti.
9.4 Guru Penasihat mempunyai
kuasa mutlak dalam semua hal berkaitan dengan kelab termasuk meminda
perlembagaan setelah mendapat persetujuan daripada Penolong Kanan Kokurikulum.
10. AHLI JAWATANKUASA
10.1
Ahli jawatankuasa dilantik semasa mesyuarat Agung.
10.2
Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara undian.
10.3
Ahli jawatankuasa kelab hendaklah terdiri daripada :
10.3.1 Pengerusi
10.3.2 Naib Pengerusi
10.3.3 Setiausaha
10.3.4 Bendahari
10.3.5 AJK Kecil seramai 2 orang
10.4
Bilangan ahli jawatankuasa bergantung kepada keperluan kelab.
11. SENARAI TUGAS /TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA
11.1
Pengerusi
11.1.1 Mempengerusikan semua
mesyuarat dan bertanggungjawab terhadap kesempurnaan mesyuarat.
11.1.2 Meneliti catatan minit
mesyuarat dan memastikan segala keputusan diputuskan diambil tindakan
sewajarnya.
11.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain
yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
11.2
Naib Pengerusi
11.2.1 Membantu pengerusi dalam
menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
11.2.2 Mempengerusikan mesyuarat
semasa ketiadaan pengerusi.
11.2.3 Menjalankan tugas lain yang
diarahkan oleh Guru Penasihat.
11.3
Setiausaha
11.3.1 Menguruskan hal-hal
mesyuarat.
11.3.2 Mencatat dan menandatangani
minit mesyuarat/laporan kegiatan.
11.3.3 Mencatat kehadiran ahli.
11.3.4 Menyimpan dokumen yang
berkaitan dengan persatuan.
11.4
Bendahari
11.4.1 Bertanggungjawab menguruskan
kewangan kelab.
11.4.2 Membuat dan menyimpan
kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab tentang
kesahihannya.
11.4.3 Melaporkan kedudukan kewangan
sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
12. KEHADIRAN /PENYERTAAN
12.1
Ahli kelab hendaklah menghadiri semua aktiviti yang dijalankan
oleh kelab
sepanjang tahun.
13. AKTIVITI
13.1
Aktiviti kelab dijalankan seperti yang dirancang dalam
mesyuarat agung atau
mesyuarat ahli jawatankuasa.
13.2
Sebarang pindaan aktiviti akan dilakukan oleh Guru Penasihat
dan
dimaklumkan kepada semua ahli
kelab.
14. PEMBUBARAN KELAB
14.1
Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan kelab jika didapati
melanggar
perlembagaan dan Falsafah
Pendidikan Negara.
15. HAL-HAL LAIN
15.1
Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap
aktiviti yang
dijalankan.
15.2
Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikut aktiviti
dengan penuh minat.
No comments:
Post a Comment